Wednesday, February 27, 2013

Ketika Itu

"Ketentuan Allah, selalunya yang terbaik dan terindah buat kita. Tiada tanding nilainya. Hanya dengan kesyukuran timbal balas yang paling layak dianugerahi"

Malam, hujan! Jika dulu, fikiran bersalah dan serba salah. Namun aturan hidup, seperti siang dan malam. Punyi slot tersendiri.

Malam, hujan! Sekarang ini, rasa itu tidak ada lagi. Lepas, bebas. Itulah aturan hidup, dalam lingkungan Allah. Masih ada ketentuan dihadapan, semoga kekuatan pada jiwa yang menerima dapat mendirikan tabah menghadapinya.

Malam, hujan! Terima seadanya, segalanya keranaMu.

28.02.2013,00:55

Wednesday, February 13, 2013

Khilaf Pilihan Bukan Takdir:Ent 1.1


Mengingati masa sama juga seperti mengembalikan ingatan pada masa yang lalu, masa yang telahpun berlalu, ditinggalkan, meninggalkan dan kemudiannya diberi nama kenangan. Masa pasti tidak akan berulang, tidak mungkin akan dikembalikan. Biarlah masa dengan ceritera tugasnya. ”Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian..”  Surah Al-’Asr

Terkurung bersama masa bukan bererti masa itu turut terkurung, tetapi membiarkan masa tanpa diisi dengan pekara-perkara berfaedah dan sesungguhnya orang itu yang paling rugi. Khilafnya aku menghargai masa lalu lebih daripada masa yang akan datang. Kerana masa lalu mencorakkan masa depan aku. Itu yang paling aku ralatkan..

Diluar bilik, kedengaran suara ibu yang sedang mengarang kata-kata panjang tentang sikap tidak bertangungjawab penghuni rumah arwah ini. Seringkali kata-kata panjang yang sama diulang. Pasti mereka juga jemu mendengarnya tetapi.. menjadi kebiasaan pada ibu dan mereka tidak terkecuali aku. Tidak ada kesah atau cerita tanpa mereka-mereka sekiranya tidak ada yang perlu ibu suarakan tentang ketidakpuasan hati terhadap anak cucunya.

Aku kembali melayani perasaan. Kurasakan sekeliling hilang bunyi, sunyi dan sepi. Tidak pula kedengaran cengkerik mengukur suhu malam, suara-suara sumbang katak memanggil hujan, sepi hingga tidak kedengaran apa pun. Pasti ibu juga sedang asyik dengan zikirnya. Mereka pasti hanyut dengan dunia sendiri. Waktu magrib sememangnya singkat tetapi waktu itu yang sunyi dari sebarang bunyi menghairankan. Seperti tidak ada sesiapa, seperti satu ruang yang kosong. Tidak seperti waktu seketika dulu.

Seketika dulu yang solat hanya berlaku apabila rasa ada ruang dan ketika, masa begitu pantas dan kadang-kadang aku kepenatan sendirian mengejar masa dan lebih banyak masa yang terbuang dari masa yang aku gunakan untuk sesuatu yang berfaedah. Ketika itu, aku seperti manusia yang hanya hidup pada dunia. Leka dengan keseronokan. Sekeliling aku bagaikan pasar malam, hingar dengan suara-suara yang tak dapat aku kecam.

Penuh kealpaan pada dunia. Tidak terlintas dipikiran ketika itu bahawa hingar itu akan bertukar sunyi pada suatu ketika. Ketika dan saat  aku akan merasai sepi yang bukan kepalang. Sepi pada suasana antara waktu yang aku berhentikan. Kaku.

Sunday, February 10, 2013

Minggu Ini

Catitan 1

01:04, Mata masih cergas celiknya. Kebelakangan ini ku alami  kesukaran untuk melelapkan mata. Masih mencari-cari puncanya. Adakah kerana pengambilan kafien sebelum tidur atau tekanan perasaan. Aku telah cuba mengatasi setiap permasalahan itu dengan penerimaan bahawa ujian dan cerita hidup tidak pernah putus . Cuma cara bagaimana kita melihat permasalahan itu. Sebagai orang Islam, pastikan kita terbuka hati dan menerima segalanya.

 Namun, sebagi manusia.. kadang-kadang kita dihimpit perasaan. Kadang-kadang datang bisikan-bisikan yang menduakan hati pada kebenaran, menafikan kenyataan. Dan ketika itulah kewarasan tercabar, lemah.. akibatnya kita jadi buntu pada keadaan, minda jadi kosong tapi fikiran berserabut. 

Segalanya terasa bagai dihempap batu besar lalu mengalami kesukaran bernafas yang melampau. Hati terasa sakit. Mula membuat anggapan yang bukan-bukan. Emosi kalau tak terkawal, parah! Kalau dibiarkan, bernanah! Kalau diturutkan jadi kes 'I see U' but you didnt see me. Gila!

Tunggu mata letih, tunggu lena yang tak kunjung tiba. Malam sudah menjengah sore. Hari baru akan bermula esok setelah pecahnya cahya diufuk timur, sedang aku masih bergelut menghabiskan sisa-sisa kemarin yang sudah tinggal kenangan.Tiada lagi cerita yang bernoktah tanpa ada kesudahan yang pasti kerana hidup selagi nyawa dikandung badan, tak akan hilang pengalaman. 01:23

Tiada yang paling bahagia, terjaga pagi esok.. kita masih ada peluang seterusnya. Alhamdulillah!

Friday, February 8, 2013

Cinta Selembar Muka Surat:Ent2

Berganti masa dari waktu ke hari dan bulan, sehingga aku sudah melangsaikan pembacaan. Kad nama ku jadikan penanda buku dan setiap kali itu, aku berperang dengan persoalan.

Buku ku simpan dirak yang disusun bersama buku-buku yang lain. Namun kad nama masih ku pegang. Sekarang aku ada pilihan, mahu mulakan bicara atau diamkan saja. Pelbagai andaian, kata pujukan tetap menduakan hati.

Akhirnya email ku buka, cursor masih berkelip-kelip. Tidak tahu memulakan kata.

’Assalamualaikum,
Saya harap en Danial masih ingat pada saya, kita pernah jumpa disebuah kedai buku sebulan yang lepas. Buku yang en berikan tempoh hari telah saya jadikan hak milik. Menarik! Adakah en telah membacanya?...

Erm, sampai disini dulu, segalanya mungkin dalam hidup ini dengan izinNya, sampai ketemu lagi’

Email ku hantar meredakan resah hati dan penantian adalah seksaan jiwa mencabar kesabaran.Diam. Dan ku biar masa berlalu hingga hilang kesah dalam masa dan hampir pudar pada tindak balas yang dinanti. Kemarin!, ya kemarin. Aku begitu teruja.. 

Monday, February 4, 2013

Khilaf Pilihan Bukan Takdir: Ent1.0

Kata-kata tidak dapat disamaertikan dengan apa yang sedang kita fikirkan didalam benak kita. Yang mengethui hanya Allah dan hati yang berbicara.

Terlalu halus dan komplek untuk ditrungkai persoalan fikiran. Tidak seperti melihat sekeping lukisan dan menginterpretasikan mengikut fahaman kita sendiri walau seribu cerita bisa kita interpretasikan dari hasil lukisan tersebut.

Seperti tona-tona warna yang digunakan untuk menghasilkan sebuah lukisan, begitu juga berbilian-bilian sel yang kita gunakan untuk pemikiran yang tidak menjangkau asas logik.

Dan renungan dalam tidak berpunca itu seperti ingin menyatakan sesuatu namun terpanggil oleh kesedaran yang tiba-tiba datang mengetuk. Mengelamun jauh. Sejauh angin yang bertiup menerjah benua. Hari begitu sunyi, hanya tiupan angin yang mencanggah dahan-dahan pokok, bersuara. Deruan angin petang yang agak kencang menerbangkan bersama daun-daun kuning, meriuhkan suasana.

Tetapi hari petang itu tetap sunyi seperti sunyinya fikiran, sunyi bertemankan angan kosong tiada arah punca dan penyebab untuk berada dalam keadaan itu. Tetapi kesunyian itu menenangkan. Kesunyian itu memberi makna keriuhan. Pun sunyi hanya pada suasana. Dibenak bagai ribut yang melanda. Tak pernah reda dari hari itu lagi. Dan hari-hari berikutnya sampailah ke petang hari itu. Tak pernah reda..

Angin masih bertiup berselang seli mengikut arahan. Tiada pernah membantah. Tidak pernah menyanggah perintah. Tapi manusia yg punya akal dan fikiran bisa saja menongkah tiupan angin. Mengoncang keimanan. Namun angin masih bertiup setia..

Tiupan angin petang dgn lamunan yg terhenti. Arrrghhh.. knp perlu pada perasaan. Knp perlu merasai semua ini. Knp? Perasaan, adakah kau akal yg berbicara, atau hati yg mengutarakan. Di mana engkau..

Sedang angin bertiup, sedang ingatan pada saat dan ketika itu kembali lagi. Harus bagaimana hendak dibuangkan rasa yang berlingkar dalam sanubari ini. Lari tidak menjanjikan penyelesaian kerana menunggu juga tidak membuahkan keputusan. Harus bagaimana? Biarkan angin terus bertiup, biarkan ingatan terus mengikuti waktu, sampai tiba ketika jadi penentu.

Petang semakin lewat mengamit senja berlabuh dihujung hari. Petang itu tetap seperti petang-petang yang berlalu setiap kali malam menjelma. Aku seperti mahu terus dalam lamunan, hentikan peredaran masa. Biar petang masih petang dan angin terus bertiup nyaman. Tapi alam bukan milik aku, petang dan angin juga bukan milik aku. Sesungguhnya kehidupan ini juga bukan milik aku sepenuhnya, yang aku punya hanya perasaan. Yang aku punya hanya kenangan yang berlalu dan perlukah aku tinggalkan.

Langit ufuk kian merah, merah mewarnai hari yg akn hilang sedang aku masih disini dengan warna-warni kehidupan.
Langit merah kini berselang-selang dengan warna kelabu, hitam dan kemudian kelam. Sebentar lagi akan kedengaran pangilan tuhan. Argghhh.. aku harus membuat pilihan. 

Sunday, February 3, 2013

Cinta Selembar Muka Surat: Ent1

Sedang asyik membelek buku yang banyak bersusun rapi dirak, tanpa ada niat untuk membeli, tiba-tiba aku disapa seseorang. Kelihatan ditangannya penuh dengan buku dan lalu bertanya; ' Saya perhatikan Cik dari tadi masih di rak ini, kenapa tidak dirak sana'?, sambil memberi isyarat arah.'Saya kurang sikit dengan rak itu'. Membalas ringkas. Kemudian dia menawarkan sebuah buku dengan pertanyaan, 'Bagaimana dengan buku ini, awak berminat'?

Setelah buku berada dalam tangan, tajuk buku aku tekuni. Genrenya sama, ceritanya selari. Dengan segera ku ajukan pertanyaan, namun dia lebih cepat bertindak, 'ini kad saya, sekiranya Cik mahu exchange material' dan terus berlalu meningalkan aku terpinga-pinga sedang buku masih berada ditangan. Terpaku dengan apa yang telah berlaku, Seperti terpukau seketika.

Setalah kembali waras, buku ku beli tanpa berfikir panjang lagi kerana daripada matlumat pembantu kedai, hanya tinggal senaskah saja, pun aku punya sebab untuk menjadikan ia manifestasi pertemuan aneh dan mencurigakan itu.

Danial Wong Abdullah, nama yang tertera pada kad yang diterima. Aku biar berlalu buat seketika. Pulang kerumah, buku yang dibeli jadi sengketa jiwa, Bersimpul fikiran cuba meneka, namun buntu dengan persoalan yang timbul terapung.