Showing posts with label Catitan. Show all posts
Showing posts with label Catitan. Show all posts

Sunday, December 14, 2014

Dia itu..

Mengenalinya adalah sesuatu yang terbaik berlaku dalam hidup aku.
Pada awal perkenalan, seperti mana kenalan-kenalan aku yang lain, yang pada fikiran aku, hanya mahukan sesuatu.
Mahukan apa yang tidak ada pada mereka.

Namun dia, kemunculannya membuka lembaran baru.
Walaupun hadirnya seperti insan lain, tapi kewujudannya berbeza,
Dia mencari sesuatu yang telah sedia ada pada setiap insan.
Tetapi insan itu lupa bahawa sesuatu itu miliknya dari asal kejadian.
Sesuatu yang dimiliki oleh semua.

Ini menjadikan dia seorang yang lain, yang berbeza, yang istimewa.
Datangnya memberi ingat.
Datangnya memberi semangat.
Datangnya memberitahu, sesuatu yang telahpun aku tahu.
Bahawa untuk mendapatkan sesuatu itu, perlu pada usaha.
Perlu pada mengingati, menasihati dan memperbaiki.
Agar hidup lebih sempurna.

Dia, yang mengajak aku mengenal.
Dia, yang mengajar untuk aku lebih memahami.
Erti menjadi sahabat, saudara.. atas nama Ilahi.

Tuesday, July 1, 2014

Antara pilihan dan takdir

Nota: Bersyukur dengan kuraniaan Allah. Ada ujian disebaliknya. Teruskan berdoa. Andai ada, berterima kasih padaNya, andai tiada, terimalah seadanya kerana Dia lebih mengetahui dari apa yang tidak kita ketahui.

Adakah diminta takdir untuk dirinya atau itulah tulisan takdir untuknya. Bagi setiap insan yang diberinama wanita, tidak pernah terlintas difikiran untuk membujang selamanya. Tidak ada seorang wanita yang berharapan untuk meneruskan kehidupan seorang diri. Kecuali bagi mereka yang telah hilang keinginan. Bukan tidak ada, tetapi kurang. But most of them are.

Takdir atau Pilihan
Pilihanlah yang akan menentukan takdir. Ini kerana hidup adalah satu pilihan. Ianya berbeza konteks mengikut situasi. Namun penghujungnya tetap sama. Pilihan itulah takdir hidup kita. Tidak membuat pilihan juga suatu takdir. Allah telah menentukan pada hambaNya. Bagi yang berusaha pasti akan ada kejayaan.

Tidak berjayakah mereka
Soalan ini luas, seluas pandangan yang dilemparkan jauh ke sawah lapang. Nun jauh disana ada rumah-rumah kampung. Pandangan terkandas disitu. Perbicaraan tidak berjayakah mereka ada kaitannya dengan tulisan takdir.

Apalah bole dipersalahkan takdir
Kita yang membuat pilihan kenapa mahu disalahkan takdir?
Malas nak elaborate lagi. Lagi aku pergi lagi complicated. Senang ja... Kepada semua wanita yang berada dalam categori ini, mohon agar dapat berkelakuan baik sepanjang masa. Sebagai seorang wanita, yg sifatnya lemah lembut, bersopan santun. Selain itu, terima dan berdoa. Semoga dapat menjadi golongang yang paling mulia. Tak perlu tanggung dosa dengan suami. Kurang dosa mudah masuk syurga.

Tapi kalau takdir Allah sebaliknya. Wanita, walau apapun label yang diberikan kepada kamu, kamulah semulia-mulia makhluk seandainya Allah kamu letakkan ditempat yang paling tinggi dalam hati. Sekian, Amin!. Doakan juga aku tergolong dalam wanita yang berjaya diakhirat kelak

Sunday, April 7, 2013

Lega

Assalamualaikum, nak cakap bangga tak sesuai sgt. Memang aku bersyukur tapi lebih kepada LEGA. Aku hanya medium, dia juga medium, namun kesedaran dan kesungguhan tidak akan datang seandainya diri kita tidak menerima kedatangan itu. Harapkan perjalanan yang masih panjang untuknya dipermudahkan.


Terima kasih kerana tidak jemu memberi!

Sunday, March 3, 2013

'Muhamad Asu'


Muhamad Asuuuu..’, laungan dari si Kecil Amirul, terpinga-pinga Asu dibuat olehnya. ’Muhamad Asuuu..’, ’mai naik bass’, ulang si cilik petah bercakap itu. Asu yang baru memahami maksud laungan itu, terbahak-bahak ketawa. Ibu yang sedang lelap dek cuaca yang agak dingin tersedar.

’Dekat aku, dia pange Muhamad Ibu’, sampuk Ibu Amirul yang masih dalam pembaringan. Mendengar dari penjelasan Ibu, Asu lebih jelas dengan panggilan itu.

Ketika bermain, atau sedang bermain dalam alam kanak-kanak sebesar 3 tahun 5 bulan itu, diadaptasikan pemerhatiannya diketika yang lain. Contohnya semasa menghadiri sesi pemeriksaan di klinik Ibu & kanak-kanak. Jururawat akan memanggil nama mengikut giliran bagi menjalani pemeriksaan.

Yang lucunya, bagi Amirul, nama setiap orang mestilah dimulai dengan Muhamad, seperti nama yang telah diberikan kepadanya. Muhamad Amirul Amin. Pemahaman yang tidak disengajakan. (kalau lelaki, tak adalah peliknya)

Sesungguhnya masa dan ketika yang diperuntukkan untuk bermesra dan bersama anak-anak adalah masa yang paling berharga. Mereka tidak pernah kenal iri, dengki dan seumpamanya, yang ada hanya bahagia, yang ada hanya gembira dan luhur dari hati dan pemikiran yang masih suci.

’Mumhamad Asuu’

Ku hanya mampu tersenyum mengingati karenah si kecil Amirul. Ya Allah, terima kasih diatas nikmatMu.

03.03.2013

Friday, March 1, 2013

Hidayah Itu Milik Allah Jua

Sesungguhnya aku tidak layak membicarakan bab hidayah, kerana ilmu yang sejengkal tidak bisa mengukur luasnya laut.. pun pengalaman memberi pengajaran tak ternilai. Tidak ada universiti yang mampu mengijazahkan pengajaran dari pengalaman. Whether we got it from the hard way or the easy way.

Ke temui seseorang (seorang dulu) yang jauh menyimpang.. tak tahu lah kenapa dia nak cari jalan balik tak jumpa la kut ni.. sudah jauh dari kebenaran. Sudah tidak mampu menampung kebenaran. Berusaha untuk berubah (tidak tahu la sejauh mana), masih... masih.. dalam usaha.

Dalam mencari hidayah (Hidayah Itu Milik Allah Jua), kita tidak ble kenal putus asa. Tidak ble kenal kecewa. Tidak ble ada ragu, tidak ble sekali-kali menduakan hati pada hakikat kebenaran. Oleh itu, keinginan untuk berubah, harus datang dari hati yang paling dalam. Memecahkan igtiqod yang lama dulu pudar dek masa, lupa dek alpa, hilang dek tak jumpa.. ntah apa dek lagi la... dan usaha menuju jalan hidayah, adalah paling payah, paling susah, paling banyak cabarannya.. seperti berkata-kata lebih mudah dari melakukannya.

Namun, hati yang paling dalam itu, kena paling kuat.. menjadi tembok menangkis setiap tohmahan, setiap kejian, setiap cacian. Mampukah?

Selangkah kita kepadaNya, sudah berlangkah2 Dia menghampiri kita. Akan tetapi, Hidayah Itu Milik Allah Jua. Hanya dengan keizinanNya.. maka jadi, jadilah..

Jangan putus harapan, jangan hentikan usaha.. jangan! Berusahalah.. sesungguhnya Nikmat itu bila kita kecapi, manisnya bukan gula, bukan gula-gula... tapi sesuatu yang hanya kita mengetahui.

Kawan, kuatkan semangat, hanya diri sendiri yang boleh mengubah dan Hidayah Itu Milik Allah Jua.. hakNya untuk memberikan kepada sesiapa yang disukaiNya.

Moga ada manfaat.

Maaf, hanya ini yang mampu ku perbuat.

Jumaat, 11:40pm

Wednesday, February 27, 2013

Ketika Itu

"Ketentuan Allah, selalunya yang terbaik dan terindah buat kita. Tiada tanding nilainya. Hanya dengan kesyukuran timbal balas yang paling layak dianugerahi"

Malam, hujan! Jika dulu, fikiran bersalah dan serba salah. Namun aturan hidup, seperti siang dan malam. Punyi slot tersendiri.

Malam, hujan! Sekarang ini, rasa itu tidak ada lagi. Lepas, bebas. Itulah aturan hidup, dalam lingkungan Allah. Masih ada ketentuan dihadapan, semoga kekuatan pada jiwa yang menerima dapat mendirikan tabah menghadapinya.

Malam, hujan! Terima seadanya, segalanya keranaMu.

28.02.2013,00:55

Sunday, February 10, 2013

Catitan 1

01:04, Mata masih cergas celiknya. Kebelakangan ini ku alami  kesukaran untuk melelapkan mata. Masih mencari-cari puncanya. Adakah kerana pengambilan kafien sebelum tidur atau tekanan perasaan. Aku telah cuba mengatasi setiap permasalahan itu dengan penerimaan bahawa ujian dan cerita hidup tidak pernah putus . Cuma cara bagaimana kita melihat permasalahan itu. Sebagai orang Islam, pastikan kita terbuka hati dan menerima segalanya.

 Namun, sebagi manusia.. kadang-kadang kita dihimpit perasaan. Kadang-kadang datang bisikan-bisikan yang menduakan hati pada kebenaran, menafikan kenyataan. Dan ketika itulah kewarasan tercabar, lemah.. akibatnya kita jadi buntu pada keadaan, minda jadi kosong tapi fikiran berserabut. 

Segalanya terasa bagai dihempap batu besar lalu mengalami kesukaran bernafas yang melampau. Hati terasa sakit. Mula membuat anggapan yang bukan-bukan. Emosi kalau tak terkawal, parah! Kalau dibiarkan, bernanah! Kalau diturutkan jadi kes 'I see U' but you didnt see me. Gila!

Tunggu mata letih, tunggu lena yang tak kunjung tiba. Malam sudah menjengah sore. Hari baru akan bermula esok setelah pecahnya cahya diufuk timur, sedang aku masih bergelut menghabiskan sisa-sisa kemarin yang sudah tinggal kenangan.Tiada lagi cerita yang bernoktah tanpa ada kesudahan yang pasti kerana hidup selagi nyawa dikandung badan, tak akan hilang pengalaman. 01:23

Tiada yang paling bahagia, terjaga pagi esok.. kita masih ada peluang seterusnya. Alhamdulillah!