01:04, Mata masih cergas celiknya. Kebelakangan ini ku alami kesukaran untuk melelapkan mata. Masih mencari-cari puncanya. Adakah kerana pengambilan kafien sebelum tidur atau tekanan perasaan. Aku telah cuba mengatasi setiap permasalahan itu dengan penerimaan bahawa ujian dan cerita hidup tidak pernah putus . Cuma cara bagaimana kita melihat permasalahan itu. Sebagai orang Islam, pastikan kita terbuka hati dan menerima segalanya.
Namun, sebagi manusia.. kadang-kadang kita dihimpit perasaan. Kadang-kadang datang bisikan-bisikan yang menduakan hati pada kebenaran, menafikan kenyataan. Dan ketika itulah kewarasan tercabar, lemah.. akibatnya kita jadi buntu pada keadaan, minda jadi kosong tapi fikiran berserabut.
Segalanya terasa bagai dihempap batu besar lalu mengalami kesukaran bernafas yang melampau. Hati terasa sakit. Mula membuat anggapan yang bukan-bukan. Emosi kalau tak terkawal, parah! Kalau dibiarkan, bernanah! Kalau diturutkan jadi kes 'I see U' but you didnt see me. Gila!
Tunggu mata letih, tunggu lena yang tak kunjung tiba. Malam sudah menjengah sore. Hari baru akan bermula esok setelah pecahnya cahya diufuk timur, sedang aku masih bergelut menghabiskan sisa-sisa kemarin yang sudah tinggal kenangan.Tiada lagi cerita yang bernoktah tanpa ada kesudahan yang pasti kerana hidup selagi nyawa dikandung badan, tak akan hilang pengalaman. 01:23
Tiada yang paling bahagia, terjaga pagi esok.. kita masih ada peluang seterusnya. Alhamdulillah!
No comments:
Post a Comment