Terlalu halus dan komplek untuk ditrungkai persoalan fikiran. Tidak seperti melihat sekeping lukisan dan menginterpretasikan mengikut fahaman kita sendiri walau seribu cerita bisa kita interpretasikan dari hasil lukisan tersebut.
Seperti tona-tona warna yang digunakan untuk menghasilkan sebuah lukisan,
begitu juga berbilian-bilian sel yang kita gunakan untuk pemikiran yang tidak
menjangkau asas logik.
Dan renungan dalam tidak berpunca itu seperti ingin menyatakan sesuatu namun
terpanggil oleh kesedaran yang tiba-tiba datang mengetuk. Mengelamun jauh.
Sejauh angin yang bertiup menerjah benua. Hari begitu sunyi, hanya tiupan angin
yang mencanggah dahan-dahan pokok, bersuara. Deruan angin petang yang agak
kencang menerbangkan bersama daun-daun kuning, meriuhkan suasana.
Tetapi hari petang itu tetap sunyi seperti sunyinya fikiran, sunyi
bertemankan angan kosong tiada arah punca dan penyebab untuk berada dalam
keadaan itu. Tetapi kesunyian itu
menenangkan. Kesunyian itu memberi makna keriuhan. Pun sunyi hanya pada
suasana. Dibenak bagai ribut yang melanda. Tak pernah reda dari hari itu lagi. Dan hari-hari
berikutnya sampailah ke petang hari itu. Tak pernah reda..
Angin masih bertiup berselang seli mengikut arahan. Tiada pernah membantah.
Tidak pernah menyanggah perintah. Tapi manusia yg punya akal dan fikiran bisa
saja menongkah tiupan angin. Mengoncang keimanan. Namun angin masih bertiup
setia..
Tiupan angin petang dgn lamunan yg terhenti. Arrrghhh.. knp
perlu pada perasaan. Knp perlu merasai semua ini. Knp? Perasaan, adakah kau
akal yg berbicara, atau hati yg mengutarakan. Di mana engkau..
Sedang angin bertiup, sedang ingatan pada saat dan ketika itu kembali lagi.
Harus bagaimana hendak dibuangkan rasa yang berlingkar dalam sanubari ini. Lari
tidak menjanjikan penyelesaian kerana menunggu juga tidak membuahkan keputusan.
Harus bagaimana? Biarkan angin terus bertiup, biarkan ingatan terus mengikuti
waktu, sampai tiba ketika jadi penentu.
Petang semakin lewat mengamit senja berlabuh dihujung hari. Petang itu
tetap seperti petang-petang yang berlalu setiap kali malam menjelma. Aku
seperti mahu terus dalam lamunan, hentikan peredaran masa. Biar petang masih
petang dan angin terus bertiup nyaman. Tapi alam bukan milik aku, petang dan
angin juga bukan milik aku. Sesungguhnya kehidupan ini juga bukan milik aku
sepenuhnya, yang aku punya hanya perasaan. Yang aku punya hanya kenangan yang
berlalu dan perlukah aku tinggalkan.
Langit ufuk kian merah, merah mewarnai hari yg akn hilang sedang aku masih
disini dengan warna-warni kehidupan.
Langit merah kini berselang-selang dengan warna kelabu, hitam dan kemudian
kelam. Sebentar lagi akan kedengaran pangilan tuhan. Argghhh.. aku harus membuat pilihan.
No comments:
Post a Comment