Buku ku simpan dirak yang disusun bersama buku-buku yang lain. Namun kad nama
masih ku pegang. Sekarang aku ada pilihan, mahu mulakan bicara atau diamkan
saja. Pelbagai andaian, kata pujukan tetap menduakan hati.
Akhirnya email ku buka, cursor masih berkelip-kelip. Tidak tahu memulakan
kata.
’Assalamualaikum,
Saya harap en Danial masih ingat pada saya, kita pernah jumpa disebuah
kedai buku sebulan yang lepas. Buku yang en berikan tempoh hari telah saya
jadikan hak milik. Menarik! Adakah en telah membacanya?...
Erm, sampai disini dulu, segalanya mungkin dalam hidup ini dengan izinNya,
sampai ketemu lagi’
Email ku hantar meredakan resah hati dan penantian adalah seksaan jiwa
mencabar kesabaran.Diam. Dan ku biar masa berlalu hingga hilang kesah dalam
masa dan hampir pudar pada tindak balas yang dinanti. Kemarin!, ya kemarin. Aku
begitu teruja..
No comments:
Post a Comment